Agak Sibuk
Dapat Surat Saman
Client Aku
Taklimat Haji
Aku balik dulu
proud to be your self
Wa Penat Arinie...
Kalau Anda ke Kota Bharu


Pasar Siti Khadijah
Sebut pasal makan nie, kat sini ada banyak tempat2 special yang jarang pemandu pelancung bagitau kalau datang bekeluarga lagi lah tak tahu...me sini aku nak bagitau!
White House terkenal dengan roti bakar,kopi O dan telur separuh masak nya. Dia buka pada sebelah petang sampai pukul 12 mlm ajer...ada lagi 2,3 tempat lagi kedai kopi yang tersohor kat sini tapi tak ada nama cuma ada nama giliran ajer seperti kedai 'milo tunggeng' abe nor pohon getah, Din Tokyo dll.
Kalau nak rasa nasi kukus dengan ayam goreng berempah aku syorkan pergi ke Kedai Nasi Kukus Abe Mie depan JKR, Haiqal Restoran di Peng. Chepa dan Nasi Kukus Zakini di Berek 12 dan jangan lupa berkunjung ke Nasi Air Mak Su Nab kat Berek 12 juga.
Pada peminat nasi sumatera, sila pergi restoran tersohor kat bandar KB nie yaitu Restoran Hoover kat jalan dato' pati dan alami lah pengalaman mengira bayaran dari pakcik aji kat saner dan satu lagi Restoran Muhibah dekat dengan pejabat PAS negeri Kelantan.
Pada peminat Laksam pula sila cuba makan laksam baiti di Panji, ca kue kerang pula kat Tanjung Mas, Peng. Chepa, Nasi Lemak goreng puyuh di depan Sek. Men. Kubang Kerian (dekat ajer dengan tempat aku tinggal) Roti canai cotek kat Stadium, Nasi Ulam (bukan nasi kerabu) di Kg. Kraftangan...kalau nak rasa budu tu macam mana,sila makan kat sini.
Itulah diantara tempat2 makan yang menarik di sekita bandar KB. Ada banyak lagi,kalau nak tahu contact ajer aku kat sini...
Haaa...apa lagi, meh lar datang kat sini. Kalau anda semua masih lagi tercari cari kat maner nak bercuti,sila lah kesini...kalau nak bersantai kat pantai atau pergi jeram atau air terjun kat sini bukan masa yang sesuai...musim tengkujuh wey! museng oghe make ubi rebus!
Spec. Drive: Hollowtech II, Ring Size: 22/32/44T, Speed: 9Arm, Length: 175mm, Weight: 860g
Aku cuma beli head lamp dengan kunci ajer...lampu lama aku tu dah terbarai aku kerjakan, mulanya nak buka tengok2 ajer, pastu dengan tak semena mena tiiinngggg! spring nya terkeluar...ah sudah! nak masukkan dah tahu macam mana, godek2 punya godek tak masuk jugak dan dah tak menyala plak dah! at last kena beli yang baru...nie lar kalau berlagak nak jadi pakar...buah kurma!
Aku pulang rumah layan Ali Setan kat TV3 tu...nie cerita lama, sekarang pelakun utamanya dah berubah...Ogy sekarang dah bertudung dan si Azmil plak dah jadi pendakwah bebas...cerita nie mmg malatop pd masa tu...kesah percintaan kat kampus. Kesah2 macam nie mmg laku dan oleh buat box office! masa tu aku mmg suker sangat tengok story2 mcm tu...maklum lah masa tu aku masih lagi bersekolah dan remos nya pun masih tegak mencanak...skrg semuanya tu dah tak ader lagi...'cerah masa depan' orang kater...hehehe
Aku ke Billion kejap beli seluar yang tak sempat nak aku beli semalam, pastu balik rumah tukar pakaian bawa keluar basikal aku. Hari nie aku terserempak dgn 3 mamat china kat depan HUSM, aku cuba joint dan follow dia orang...fuuuhhhh! laju betul kayuhan mereka, aku tengok speedometer aku menunjukkan angka 32 km/h, aku cuma larat follow dia orang setakat 1 kilometer ajer, kalau aku follow gak dia orang boleh masuk CCU aku dibuat nya. Hari nie aku ikut jalan menuju ke Pantai Sabak,Airport, Bandar KB dan balik rumah...25 km!
ADUHHH...sakit nya badan
Tulisan nie saya paste dari laman tranungkite - kalau lah betul2 terjadi sadis gak dibuatnyer...apa yang pasti kita tak boleh nak nafi perkara begini akan berlaku di sebelah sini, itu semua bergantung kepada ketentuan dari Allah...
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas..ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia...
AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat...Parlimen dan ADUN...Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi...yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula....
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Datang lagi pesawat musuh silih berganti.....
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006...diajukan muncung senapang...
DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....
Anda menangis ketakutan....
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....
Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa.... didepan mata!!!!
kawan-kawan...sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...
Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat...mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN.....BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......
Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN
menyatakan:
"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia" -(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)
"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan...Kita semua patut bersyukur...kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut.
(Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)
"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" -(Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand)
"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" -(Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??
Hujan Dah Mula Turun
Pkl 5 ptg baru keluar dari pjbt SUK, hujan masih belum 'seghek' lagi tapi tak der lah lebat sangat cuma renyai2 ajer. Aku dengan Saiful pergi jumpa Yusrie kat pjbt istana Balai Besar nak bagi drawing setor barang kat pejabat tersebut. OTW kesana, dia call suruh jumpa kat Muzium pulak dah! Dia dan Engku Azman (Tim. Pengarah Muzium) nak pergi ke Tumpat, cari 'dinding sasak' untuk dijadikan backdrop pentas kat dewan pameran sempena lawatan Toh Puan nanti. Aku dan Epu lepak kat gerai dlm muzium..."Kak Mah! mee goreng 2, teh tarik 2..." SIIAPPPPP!
aku call semua number2 yg. 'miss-call' jenuh aku bagitau aku tertinggal henset nie kat pjbt! ada gak yang suggest kat aku..."ko rantai ajer henset kau tu kat mana2 badan kau, gerenti tak tertinggal punya"...hehehe! ada gak yang suruh aku pakai henpon yang besar bagak mcm bekas air tu....sadisss betul dia orang! ok lah nanti aku tukar kpd yang model besar dan skrg dok tgh berkira kira nak ambil nokia comunicator 9300/9500...kau orang jgn jealous plak yer!
Waktu makan...aku ke pejabat pos, jelaskan segala mcm jenis bil. Pergi bank, simpan duit lepas tu naik KB Mall bayar bill telephone dan beli 2 kpg cd software kat kedai komputer yang ada kat situ. Balik pejabat, kemaskan komputer aku dan tutup pejabat. Hari aku bukak separuh hari sebab lepas nie aku kena pergi hantar tender report ke pejabat YIK di Nilam Puri pukul 3 ptg nanti dengan Ir. Zuki....bila semuanya selesai aku lepak kat pjbt member aku tu sebelum balik rumah dan update blog aaku nieee...
Call dari classmate aku
Cara install WMP 11
2. Nak install wmp 11 nie, kau orang kena download terlebih dahulu software tersebut kat sini.
4. Go to the extracted folder, and execute (run) wmfdist11.exe.
5. Bila dah selesai, pc kau orang kena restart balik.
6. Pergi balik ke extracted folder tadi dan execute file wmp11.exe. Bila selesai buat proses tersebut, restart again pc kau orang.
7. Vooiiillllaaaa...sekarang pc kau orang dah terinstall dengan wmp11 dan apa lagi...gunalah!
Himpunan SMS Raya
dari Aida dan Saiful
--------------------
Lapar Puasa terketar ketar,
Bila berbuka lega rasa nyer,
Kad Raya tak sempat nak hantar,
Dgn SMS pun dah kira OK lah yer!
nota: saiful forward ajer kat aku ucapan yang diterima dari Aida
dari Alex
---------
Membeli belah di pasaraya,
Sambil mengorat anak Pak Ali,
Kalu Posa Selamat Hari Raya,
Kalau tak posa sambutlah Deepavali.
nota: aku terima pada hari deepavali...kelakar betul!
dari Kamal Azizi
-----------------
Tersalah kata ku ucapkan sorry,
Tersalah laku jangan di marahi,
Hendak ku ucap Salam Aidilfitri,
Rupa rupanya baru Deepavali.
nota: nie pun pada hari deepavali jugak!
dari Raja Norhayati dan Ir. Nik Adi
----------------
Pasang pelita di Aidilfitri,
Nampak halaman berseri seri,
SMS diberi pengganti diri,
Segala silap Mohon di maafi.
nota: hantar sms raya yang serupa daaa...
dari Zaidi
----------
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat dan apa2 yang
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu.
Him Bomba
------------
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,
SMS di kirim tanda ingatan sekeluarga.
Che Mat Polis
--------------
Akhir Ramadhan di ufuk senja,
Aidilfitri disambut penuh mulia,
Tangan di hulur maaf di pinta,
Semoga perhubungan abadi di jiwa.
Pn. Nona JKR
--------------
Di Aidilfitri mulia, maaf di pinta andai nya:
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya yang tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERtikam kat mana mana
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena mena,
TERumpat bila bila dan macam2 lagi yang
TERsalah dan TERsilap.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Pn. Kamariah
--------------
Andai jemari tak sempat berjabat,
Jasad tak kuasa bertatap,
Andai ada ucapan membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Di Aidilfitri ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf!
Zaid
-----
Semoga Syawal yang datang memberi kebahagiaan dalam hidup. Semuga kita dilanjutkan usia untuk bertemuRamadhan dan Syawal di tahun hadapan.
Wan Bomba
------------
Selamat hari raya maaf zahir batin. 0-0.
Mie
----
Perkataan yang cantik adalah ALLAH,
Lagu yang merdu adalah AZAN,
Novel yang menarik adalah AL-QURAN,
Diet yang baik adalah PUASA
Senaman yang elok adalah SOLAT,
Hari yang mulia adalah HARI RAYA.
Maaf zahir dan batin...
Kak Yah
---------
Selamat Hari Raya I'dulfitri. Maaf zahir dan batin. Semuga kita semua di rahmati Allah.
itu ajer lah yang aku terima pda raya kali ini...walaupun ada 2,3 sms dah pun aku terima pada raya tahun lepas...!
MINTA TOLONG...
Nak bukak office tapi tak jadi sebab...
----------
lkp's Fan Box
Labels
- e-kehidupan (38)
- e-renungan (5)
- e-travel (1)
- Renungan (1)
Blog Archive
-
▼
2006
(86)
-
▼
Nov 2006
(26)
- Agak Sibuk
- Dapat Surat Saman
- Client Aku
- Sebelah pagi...nak kata pagi pun tak juga, area 11...
- Taklimat Haji
- Aku balik dulu
- Semalam aku angkut laptop dan modem ADSL aku nie k...
- proud to be your self
- 21/11/2006------------- Saiful ajak aku tolong dia...
- Wa Penat Arinie...
- Kalau Anda ke Kota Bharu
- Kat sini semenjak dua menjak nie...hujan sentiasa ...
- ADUHHH...sakit nya badan
- Pagi nie aku nak buat kayuhan jarak yang 'radikal'...
- Morning2 lagi dapat call dari abang ipar aku yang ...
- Cuaca hari, macam hari semalam juga, tapi tak huja...
- Mungkin kat tempat aku nie dah nak banjir kot!...e...
- Seandainya bumi Malaysia di serang by andromedTuli...
- Hujan Dah Mula Turun
- 11/11/06--------- Pada sebelah pagi aku balik kg j...
- Masuk pejabat awl sedikit, pkl 9. Sampai pjbt teru...
- Call dari classmate aku
- Cara install WMP 11
- Himpunan SMS Raya
- MINTA TOLONG...
- Nak bukak office tapi tak jadi sebab...
-
▼
Nov 2006
(26)