MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Cara duit kita lesap kat ATM
Mereka memasang alat 'skimmer' ini kat mesin ATM bank bagi mencuri ATM card number kita dan juga no. PIN. Biasanya mereka lakukan pada hujung minggu ataupun belah petang. Tempat pertama yang mereka pasang kat slot card bank dan satu lagi kat tepi mesin yang bertindak sebagai kamera wireless. Kamera dia nie kita tak akan perasan sebab bentuk dia seperti tempat letak leaflet yang kita jumpa kat mana mana bank kita pergi. Apabila kita masukkan kad kita, skimmer ini akan capture no. kad kita dan bila kita tekan no. pin kita, kamera tadi akan merakam kan nya...
Selepas pasang benda nie team penyanggak akan dok kat dalam kereta sekitar kawasan tersebut. Segala maklumat disalurkan secara wireless ke dalam kereta mereka dan akan transfer kepada kad plastik kosong. Sekarang mereka dah dapat pendua kad ATM kita...pas nie habislah duit ko orang semua!

skimmer di pasang kat hadapan card slot ATM bank.
Bila siap dipasang,nampak macam biasa ajer!
Kamera dilekat kat tepi. Anak panah menunjukkan kamera dia.
Nampak macam mesin ATM biasa kan...
So, pada sesiapa yang nampak mesin ATM macam nie, anda dilarang KERAS menggunakanya dan minta bantuan dari orang kat situ agar memanggil pegawai bank yang bertugas kat situ atau pun jaga bank. Sekiranya tak ada orang, gunalah henpone anda utk buat report ke bank. Jangan sekali kali meninggalkan tempat tersebut kerana di khuatiri alat tersebut akan dicabut dan dilarikan olih mereka.
Hari Lahir...

Pejam celik...pejam celik dah bertambah setahun lagi umur aku. Morning2 lagi my wife dah bagi present bithday kat hubby di nie...satu box yang berwarna merah dan satu keping kad birthday dari dia...terima kasih ayang kerana sentiasa mengingati hari lahir 'abah' yang pelupa ini...hehehe!
Member nak celebrate kat Secret Recipes t/hari nanti...tank kiyu! my frenk...
Siti Jr
....hahahaha!!!!
Demi Ilmu
Dalam dia ada bentuk
Segitiga pula mempunyai bucu yang tajam. Kena berhati-hati dengannya, kerana ia mudah menguris kerana memiliki hujung yang tajam. Tetapi ia suka membantu apabila kita berada di dalam kesesatan. Ia akan ada di mana-mana sebagai penunjuk arah tujuan.
Segiempat selalu mainkan peranan sebagai penyokong. Seperti tiang-tiang yang menyokong ketahanan rumah daripada rebah. Tetapi segiempat agak misteri kerana suka memendam rasa.
Dah lama aku cari kesamaan mereka. Hari ini, aku faham... Ketiga-tiganya memiliki sifat yang sama iaitu S.E.N.S.I.T.I.F.
Hidup aku hari semalam
Lunch kat bawah kedai makan bawah pejabat aku ajer ari nie. Masuk pejabat, Aida bagitau En. Zul dari MPKB datang bagi plan surih bagi lot 4 ekar kat jalan Berek 12 yang pihak hospital mahu beli tempuh hari.
Pergi ke pejabat Pengarah HRPZ II, Hj. Dasuki tak ader kat pejabat. Tinggal pesan dan juga plan surih tanah tersebut kepada setiausaha dia.
Pkl 8:30 mlm. Zuki call suruh turun kat port biasa...kedian ke Pasir Tumbuh,mahu beli kopi S-Class tapi tak dapat sebab dah abisss ptg tadi...
Nota: sehari dua nie, aku jadi moody bila dok fikir pasal pejabat aku nie, aku kena lakukan sesuatu agar perjalanan pejabat aku nie berada dalam landasan yang betul kembali. Nak cakap salah,tak nak cakap pun salah...partner punya hal!
Warning! Ketika Anda Menonton Wayang...
sumber: Afdlin Shauki
hampir 4 tahun lebih aku tak menjejak kaki ke panggung wayang kerana:
kat tempat aku tak ader panggung wayang...! hahhahaha
Musim kahwin dah bermula...
Adih! Adih!
Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot...jadi bontot kita nie adalah satu kawasan yang kurang sistem pertahanan badan atau kalau lebih tepat lagi kurang daya imunisasi ler yer!
7. Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
Bisul tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari .
Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
Jika terdapat tanda-tanda ianya semakin teruk, seperti:
Teramat sakit, bengkak, terasa panas, kemerahan atau lembut.
Terdapat garisan/jaluran merah yang merebak keluar dari kawasan bisul.
Nanah keluar berterusan.
Jika anda mengalami demam.
Jika bisul tumbuh semula di kawasan yang lama atau di kawasan lain.
Jika anda menghidapi diabetes.
Jika terdapat gumpalan lain, terutamanya jika ianya menyakitkan yang terjadi berhampiran dengan tempat jangkitan..
Proposal
Tanah nya seluas 4 ekar dan price yang owner suruh aku tawarkan ialah RM4 juta...kira murah dah tu. Memandangkan tanah tu berada dalam kawasan bandar dan berhampiran pulak dengan Hospital. Tempatnya amat strategik, segala kemudahan sudah ada seperti jalan, eletrik,sistem perparitan, telelkom...kira complete lar! kawasan bandar katakan. Mana nak cari tanah seluas tu sekarang kat kawasan bandar. Ada leceh nya kalau berurusan dengan gomen nie.
Pertama kena dapat kelulusan dari KP Hospital terlebih dahulu. Itu kira biasak la... pastu kena angkat ke KPTG untuk di buat penilaian harga. Biasakk nyer la, kalau penilaian dari gomen nie mesti under market value, lebih2 lagi tanah tu masih lagi status tanah pertanian.
Maybe dalam 2,3 juta ajer dia orang nilai. itu aku takesah,yang aku kesahkan satu ajer iaitu agar rekabentuk bentuk bangunan tu biar dapat kat company aku. Skrg dok tengah buat sketching bangunan tersebut.. 7 storey plus satu blok apartment 5 storey untuk kediaman kakitangan mereka. Kata dia orang projek nie bernilai RM120 juta...!!! dan akan bermula pada suku pertama tahun hadapan. Kena cepat nieee....
Kenapa? tak percaya?
Marketing - 6.4
Design - 8.1
Accessibility - 7.4
Experience - 7.8
Visitor rating - No votes!
Popularity ranking Your website is ranked 19 in the world.
Overall Summary score for this website. 6.9
untuk result penuh, ko org boleh gi sini bagaimana dengan ranking blog ko orang...meh ler kongsi result kat sini deh!
nota: test jangan tak test...
alahai suami aku!
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorban lah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..Pada bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.
Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklum lah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpin nya aku sampai ke meja makan.Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mata ku.Tetiba aku rasa perut aku di penuhi dgn 'angin' Aku nak pergi toilet,tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun lepaskan 'angin' yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengarbunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin tahap taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power giler...! aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh... . lega...' Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mataaku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulut ku terus melopong... ALAMAK!!! perkara pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku...'dah lama ke pak sampai?' Dan pak mertua aku pun jawab dengan selama deek ajer 'Dah lama...Sebelum kentut pertama lagi!! perghhh...'biru mata hitam ku' dibuat nyer...
moral story kat atas...kalau awk ada surprise pd suami/bakal suami JANGAN sesekali tutup mata dia... :-)
nota: kesah diatas tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup atau pun dah mati!
Forex
Aku ada terbaca kat satu forum mengatakan sistem nie bagus,boleh buat kita cepat kaya ...bla!...bla! Kalau baca kat situ bunyik macam kacang ajer nak buat duit dan jadik kaya. Siap tulis satu e-book pasal Forex. Tang nie pun aku dah jadi tak berapa yakin, kenapa tulis e-book ajer kenapa tak tulis dalam buku yang betul dan jual kat kedai kedai buku yang berlambak kat Malaysia nih! kalau dapat best-seller macam buku Harry Porter tu...boleh jadi jutawan penulis buku tu...betul tak?
Nie dah ler kena order secara online, bukan nya murah RM150.00 sebuah pulak tu sebuah (terganggu fikiran dibuat nyer...) nak order buku tu kita kena ada account dengan e-gold plah dah! Saya tahu ler ini bussines zaman moden,semua dibuat secara online tapi bagi option ler boleh di beli kat kedai buku. Kurang2 boleh kita belek belek betul ke buku tu berinformasi dan boleh di pakai idea yang di tulis kat situ entah2 idea tahap garbage ajer! Aku ada jumpa satu blog yang iklan benda nie tapi bila nak hantar komen tak leh sebab option 'komen' dia tak letak kat bawah. Kenapa tak boleh komen,takut tak leh jawab ker? Kat situ pun kita dah dapat agak ada something yang ingin di sembuyikan...ko orang jenguk sendiri ler!
Aku bukan kondem sistem nie,sistem nie betul dan telah diguna pakai dah berkurun lama nya...kawan aku sendiri ader company yang urus pelaburan dalam forex nie,kadang2 tu aku lepak gak kat pejabat dia malam2. Aku setakat nie tak 'jatuh hati' nak melabur dalam forex nie sebab dah lar kena suntik modal kurang2 RM15 ribu!!
aku sendiri tak faham macam mana dia boleh buat kita untung,walaupun dia kata kita boleh buat untung sampai RM500 sehari! tapi setakat nie aku dok kat situ tak pernah yang dapat sebanyak tu...
Dia berbeza dengan saham. Dalam saham kita beli dahulu baru boleh jual. Sekiranya saham yang kita beli tu drop kita boleh simpan sampai dia naik kembali tapi sistem forex dia berlawanan dengan saham. Kita boleh jual lot kita tanpa perlu membeli terlebih dahulu tapi dia ada tempuh masa,sekiranya dalam waktu yang di tetapkan itu tiada buyer yang beli lot kita,terpaksa lah kita beli sendiri.Sebab tu lar kita kena ada deposit kurang2 RM15 ribu dalam akaun. Lagi besar, lagi elok...
Kesimpulan nya bila nak buat pelaburan,selidik dahulu kalau tak tahu belajar dahulu bagaimana satu2 sistem tu berjalan, kalau pakai dengar cakap orang baik tak payah. Baik kau orang bagi duit tu kat rumah anak yatim ada jugak faedahnya. Berfikir sebelum bertindal! itu yang sebaik baik nya.
Kalau apa yang aku kata kat atas tu salah sila perbetulkan...
Nasihat 21
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan
dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,
kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih
penting apabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu
diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak
memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
ontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin
tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang
bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian...Go for it!
Kena kerja malam
Perut pun dah terasa utk. di isi...keluar tadi tak sempat sarapan.
Turun pekena nasi berlauk dulu sepinggan dua baru laju sikit tangan nie nak ketuk kibod.
Draf PIB aku dah OK! tapi pihak Muzium nak Quotation Price plak dah! naper tak cakap awal awal masa dok briefing dulu.Heeee...buang karan betul! Aku kata kat dia boleh tapi besok pagi baru boleh bagi QP tu. Nampak gaya mlm nie tak leh nak tido awal lagi...hwarrrgh!
Pukul 9 mlm masuk pejabat balik utk buat QP...aku paksa partner aku datang gak, kalau buat sorang sorang aku raser tak lama aku blahhh! borak borak sambil wat kejer nie best gak! Dapat call dari abang,bagitau anak jantan dia KEMALANGAN motor!!! sekarang berada kat unit kecemasan,sib baik tak teruk kata nya...syukur!
Fuuuhhh legaaa! siap gak QP aku nie. Jam kat tangan dah menunjukkan angka 12 t/malam.
Pergi Hospital Besar KB. Anak saudara aku dok kat wad kecemasan.Pergi tenguk jap nak tanya kabar...sampai kat pintu luar aku tenguk melalui pintu cermin dia dah tidur, tak kan aku nak kejutkan plak! kesian kat dia...biarlah dia tidur! besuk pagi ajer lah aku pergi jengah dia.
Singgah minum ka gerai Era...port favourite aku nie! Pukul 1 pagi baru sampai kat rumah...mandi. Bukak TV layan filem tamil kat chanel 6 sambil dok update blog aku!
Sebok wey...!!!
Nampak gaya tak tidur malam lah aku malam nie...tak aper Livita,RedBull,Kopi Tongkat Ali dan air panas sebaldi dah aku siapkan awal2...hehehehe!
kau orang ader petua ke macam mana nak tahan mengantuk boleh sebulan dua...orait gak!
Pemberi semangat...!!!
Masuk pejabat dia,tenguk tenguk Tengku Adnan pun ada sekali, beliau nie sepupu kepada Tengku Amalin. Lepas tu beliau suruh kita orang semua masuk ke kamar bicara. Kat situ barulah aku tahu, kami semua telah di kerah untuk memberi sokongan moral ataupun lebih tepat lagi sebagai pemberi semangat kepada YAM Tengku Amalin bagi mengendalikan perbicaraan kes Dato’ Nik Sapea yang telah dituduh menyembur gas pemedih mata di Lapangan terbang Sultan Ismail, masa Tun Mahathir melawat Kelantan baru baru nie…laarrrr! aku ingatkan aper tadi lagipun hari nie baru hendak menetapkan tarikh perbicaraan sekiranya Dato' Nik Sapea mengaku tak bersalah, bukan nya mengendalikan perbicaraan lagi...tapi tak aper Tengku, pas nie kalau Tengku mahu bawa kumpulan Pom Pom pun saya boleh uruskan...!!!
Masa kat dalam mahkamah sambil menunggu ketibaan defendan sempat aku tanya Ku Nan, selama nie Tengku Amalin tak pernah mengadili perbicaraan ke? Ada…tapi kes yang kecil kecil ajer! Tapi hari nie kes melibatkan seorang berpangkat Dato’ jadi dia rasa gubra tu lebih sedikit…jadi bila dia lihat dalam mahkamah ada muka2 yang beliau kenal, turun lah sikit suhu gubra beliau…tak aper lah tapi pas nie Tengku kena belanja kami semua makan kat food court Kg. Kraftangan deh!
Bahasa istana:
Bila berbicara dengan Sultan dan Raja Perempuan kita kena bahasakan diri kita - Patik
Bila berbicara dengan puteri/putera Sultan kita kena bahasakan diri kita - Tengku
Bila berbichara dengan kaum kerabat Sultan kita kena bahasakan diri kita - Nya
Begitu juga kalau sesama mereka berbicara.
Lawatan Tapak
Wat atau kalau di sini orang panggil ‘Ketik’ telah di pilih olih Jabatan Warisan Malaysia untuk di baik pulih kerana ianya mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan unik pada konsep reka bentuknya. Bahagian susun atur ruang dalaman Wat ini sama seperti rumah Siam gaya Dvaradhi di Muang Boran yang di kenali sebagai rumah Ruen Thab Kwan yang berada dalam istana Sanam-Chan yang terletak di daerah Nakom Prathon, Thailand.
Kami berada kat sana lebih kurang 3 jam sebelum bertolak balik ke Kota Bharu. Masa kat sana berdebar jugak dalam hati,takut takut terlangkah benda benda yang tak elok kat situ. Kalau ikutkan hati malas nak pergi sana tapi nak buat mcm mana bos muzium negeri yang suruh, lagipun company saya nie telah dilantik sebagai consultant dalam kerja kerja pemulihan bangunan lama dan bersejarah dan diwartakan sebagai bahan warisan.
Masjid tertua di Nusantara
Sejarah Awal:
Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di negeri Kelantan dan juga di Malaysia.Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan disebelah timur Kampung Laut.
Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka.Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak,kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.
Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan.Pada akhir tahun 1967, tebing Sg. Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal yaitu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam University Malaya.

Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun,hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula.
Sehingga terdapat beberapa bahan asal masih bolih di lihat di Masjid Kg. Laut Baru di tapak asalnya di Kg. Laut,Palekbang,Tumpat.Kini kolah asal yang diperbuat dari batu granite masih lagi boleh digunakan sebagai storage untuk jemaah mengambil wuduk. Asalnya terdapat 2 buah kolah,satu dapat diselamatkan dan satu lagi tenggelam dalam Sg. Kelantan.
Mimbar masjid masih digunakan sampai sekarang dan juga beduk.
Masjid Kg Laut pada masa dahulu. Rosak kerana hakisan banjir besar tahun 1967
Pada tahun 1970 Masjid ini telah letak bawah pengelolaan Perbadanan Muzium Negeri,ia bertindak sebagai dwi fungsi iaitu sebagai tempat ibadat bagi yang beragama Islam sehingga sekarang dan juga sebagai bahan sejarah sebagai Masjid Kayu yang tertua di Malaysia yang di anggarkan berusia lebih 300 tahun.
SeniBina Masjid:
Masjid ini mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan pada asalnya tidak menggunakan sebarang paku,potongan kayu dan buluh digunakan sebagai pasak.Pada asalnya, Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa.Pembinaan Masjid ini mengabungkan usur-unsur seni dan falsafah keugamaan pada bangunan.Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah keTuhanan.Lapisan bawah diibaratkan penuh
kekotoran,makin keatas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari segala bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.
Nota:Sekiranya sesiapa yang datang ke Kota Bharu melalui Gua Musang, pasti akan melintas di hadapan masjid ini.
Launch...!!!
jadik gak aku create blog aku...maka dengan ini aku dengan bangganya meresmikan laman blog aku nie...huhuhu!
lkp's Fan Box
Labels
- e-kehidupan (38)
- e-renungan (5)
- e-travel (1)
- Renungan (1)
Blog Archive
-
▼
2006
(86)
-
▼
Aug 2006
(21)
- MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
- Cara duit kita lesap kat ATM
- Hari Lahir...
- Siti Jr
- Demi Ilmu
- Dalam dia ada bentuk
- Hidup aku hari semalam
- Warning! Ketika Anda Menonton Wayang...
- Musim kahwin dah bermula...
- Adih! Adih!
- Proposal
- Kenapa? tak percaya?
- alahai suami aku!
- Forex
- Nasihat 21
- Kena kerja malam
- Sebok wey...!!!
- Pemberi semangat...!!!
- Lawatan Tapak
- Masjid tertua di Nusantara
- Launch...!!!
-
▼
Aug 2006
(21)