Lensakreatif PHOTO

Lensa Kreatif Photo (LKP) adalah jenama kegiatan foto yang di usahakan oleh sdr. Zulkifly Hamat atau lebih dikenali dengan nickname pokcik dikalangan jurugambar disekitar Kota Bharu.

Bidang kerja utama saya pada masa ini ialah sebagai seorang jurureka bangunan di syarikat Creative Models & Design yang diusahakan oleh saya bersama dengan rakan saya dan beroperasi di salah satu lot di premis Bangunan Medan Usahawan yaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV.

Sebelum ini menimba pengalaman kerja di beberapa buah firma arkitek dan jurutera di sekitar bandar Kota Bharu dan juga di Kuala Lumpur. Setelah hampir 18 tahun bekerja dengan orang saya ambil keputusan untuk berdikari pada tahun 2004 dan joint syarikat Creative Model and Design sebagai partner dalam tahun 2006.

Pengalaman saya dalam bidang foto pula bermula masa saya dibangku sekolah lagi, masa tu kamera nya adalah manual yaitu pakai medium filem. Selepas tamat belajar dan bekerja hobi saya dalam bidang fotografi terpaksa ditinggalkan akibat kesibukan dengan kerja. Selepas berhenti kerja dan ada syarikat sendiri saya mula berjinak jinak kembali dengan fotografi yang telah lama saya tinggalkan lagipun ramai kawan kawan yang disekelilingi saya adalah jurugambar, lalu dari situ minat itu semakin berkembang lalu saya joint dia orang dalam Kelab Lensa Negeri Kelantan (KLIK) dan saya telah dilantik sebagai bendahari kelab.

Dalam bidang fotografi saya minat ambil semua jenis kategori gambar. Disebabkan ramai dari kawan saya adalah jurugambar pengantin maka saya pun memberanikan diri untuk turut berkecimpung sama walaupun ianya adalah sesuatu yang baru bagi saya. Banyak ilmi ilmi fotografi yang saya perolehi semasa mengikuti kawan kawan saya ke majlis majlis perkahwinan dan saya pada masa tu saya tag dengan dia orang sahaja...thanks to all..!!!

1 comment:

Mandie said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back and we'll talk about it.

Thanks!

Mandie Hayes
mandie.hayes10@gmail.com

Post a Comment