Kalau Anda ke Kota Bharu

Sekarang nie dah masuk cuti sekolah dan juga musim orang jalan jalan cari makan...banyak tempat kat Tanah Melayu nie kita boleh pergi samada nak pergi kat pulau,gunung,hutan,tasek dan macam2 lagi...eh! ko orang tak nak melawat kubur ke? aku baru ajer pergi,pagi rayer yang lepas...hehehe.

Kalau kau orang nak bercuti,salah satu negeri yang menarik ialah negeri kawe...Kota Bheru ler tu...knp menarik? ada beribu sebab tapi aku pendekkan ajer, kalau aku cakap lebey2 pon kau orang bukan nya tahu sangat...jangan mare yer! Knp anda harus datang ke KB pada masa nie...

1. Sekarang nie musim tengkujuh dalam bahasa orang putih disebut 'museng bah'. Kat sini kalau musim bah,time orang sini main air. Kalau nak rasa macam mana raser nya orang main air bah nie,time nie lah you all kena datang...tapi aku tak janji ler keselamatan kau orang, pandai2 ler jaga diri sendiri dan satu lagi itu pun kalau banjir nya tak besar macam tahun 67 dahulu (bah air merah)

2. Kos sara hidup kat sini murah, baik dari segi perbelanjaan untuk penginapan,makanan dan juga untuk membeli belah. Kat sini rate hotel antara RM30 keatas...kalau nak best kau orang boleh pilih 4,5 star hotel yang tak berapa banyak kat sini. Kalau kau orang tak tahu nak menginap atau nak cari hotel budget,rajin2 ler tanya aku...aku boleh point kat maner ataupun senang2 boleh datang kat tempat aku nie. Kat sini banyak rumah tumpangan yang selesa dan harganya antara RM80 keatas. Rumah 3 bilik siap ada ruang tamu dan dapur untuk memasak! amat sesuai kepada family yang tak ramai. Kalau nak lebih info sila klik sini.

3. Banyak pilihan untuk tempat kita pergi membeli belah. Antara yang tersohor ke saentero malaya ialah pekan Rantau Panjang yang bersempadan dengan pekan Golok dan Pengkalan Kubur yang besempadan dengan pekan Tak Bai. Disekitar bandar KB pun banyak tempat untuk membeli belah. Kalau nak beli kain batik sila pergi ke Bazar Buloh Kubu, Pasar MPKB atau sepanjang jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan, kalau nak menjamu selera pergilah ke Pasar Siti Khadijah yang unik tu...kat sini hampir 90% peniaganya dari kaum perempuan...Kalau pergi ke Pasir Mas jangan lupa singgah kat Pasar Mundok yang berhampiran dengan stesyen keretapi Pasir Mas.

Pasar Siti Khadijah

Sebut pasal makan nie, kat sini ada banyak tempat2 special yang jarang pemandu pelancung bagitau kalau datang bekeluarga lagi lah tak tahu...me sini aku nak bagitau!

White House terkenal dengan roti bakar,kopi O dan telur separuh masak nya. Dia buka pada sebelah petang sampai pukul 12 mlm ajer...ada lagi 2,3 tempat lagi kedai kopi yang tersohor kat sini tapi tak ada nama cuma ada nama giliran ajer seperti kedai 'milo tunggeng' abe nor pohon getah, Din Tokyo dll.

Kalau nak rasa nasi kukus dengan ayam goreng berempah aku syorkan pergi ke Kedai Nasi Kukus Abe Mie depan JKR, Haiqal Restoran di Peng. Chepa dan Nasi Kukus Zakini di Berek 12 dan jangan lupa berkunjung ke Nasi Air Mak Su Nab kat Berek 12 juga.

Pada peminat nasi sumatera, sila pergi restoran tersohor kat bandar KB nie yaitu Restoran Hoover kat jalan dato' pati dan alami lah pengalaman mengira bayaran dari pakcik aji kat saner dan satu lagi Restoran Muhibah dekat dengan pejabat PAS negeri Kelantan.

Pada peminat Laksam pula sila cuba makan laksam baiti di Panji, ca kue kerang pula kat Tanjung Mas, Peng. Chepa, Nasi Lemak goreng puyuh di depan Sek. Men. Kubang Kerian (dekat ajer dengan tempat aku tinggal) Roti canai cotek kat Stadium, Nasi Ulam (bukan nasi kerabu) di Kg. Kraftangan...kalau nak rasa budu tu macam mana,sila makan kat sini.

Itulah diantara tempat2 makan yang menarik di sekita bandar KB. Ada banyak lagi,kalau nak tahu contact ajer aku kat sini...

Haaa...apa lagi, meh lar datang kat sini. Kalau anda semua masih lagi tercari cari kat maner nak bercuti,sila lah kesini...kalau nak bersantai kat pantai atau pergi jeram atau air terjun kat sini bukan masa yang sesuai...musim tengkujuh wey! museng oghe make ubi rebus!

1 comment:

Tok Ketua said...

nagacute--> cantik ler tu...member awk tu tinggal kat area mana di Kelantan?

Post a Comment